Cari Blog Ini

Jumaat, Ogos 05, 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini...sedar atau tidak, sudah 5hari kita berpuasa....bukan apa, semenjak dua menjak ni sibuk sikit, banyak benda yang nak diuruskan...aktiviti terbaru saya adalah berniaga di pasar ramadhan Taman Melawati KL.

Apa yang boleh dikatakan adalah ianya memenatkan dan hasil yang diterima adalah memuaskan...purata tidur dalam seminggu ni adalah 3Jam sehari..akan tetapi, pengalaman yang di pasar ramadhan adalah sesuatu yang baru buat saya...ianya amat bermakna.

Berniaga di pasar ramadhan adalah jalan terbaik untuk kita belajar tentang kepentingan pelanggan, ianya amat sesuai untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian dan amat berguna bagi yang ingin mengembangkan perniagaan dalam bidang makanan. Umpama di medan perang, kiri, kanan, belakang dan depan kedegaran suara memanggil-manggil pelanggan..berperang dengan panas dan hujan adalah lumrah bagi para peniaga.

Rabu, Jun 15, 2011

Kesabaran

Sabar....sabar...sabar....itulah yang bermain dalam minda aku hari ini, penantian hampir 5 jam membuahkan hasil yang cukup bermakna...itulah pengalaman dan pengajaran yang aku tempuh pada hari ini. Bermula jam 9.00 pagi hinggalah jam 2.00 ptg...bermacam-macam gelagat manusia dapat disaksikan, ada yang berbaring, bersunggut, membaca surat khabar...berborak dan tidak kurang kura yang merewang...hahaaa, itulah gelagat yang dapat dilihat semasa sesi penyerahan borang pasar juadah 2011 bagi kawasan taman melawati.

Ternyata rezeki dan nasib menyebehahi aku...bermula dengan no giliran 193 dan seterusnya 178 penantian berakhir dengan no 215 yang nama aku berjaya mendapatkan 1 petak jualan pasar juadah. Itupun hanya setelah berbaki 2 petak kosong dan senarai yang menunggu hampir 50 orang. Setalah semua tapak diisi..dapat aku lihat kekecewaan sebilangan peniaga yang gagal mendapatkan tapak tersebut, ada yang membaling borang dan ada juga yang memaki hamun. Aku bersyukur ke hadrat Illahi...tahun 2011 merupakan tahun dengan penuh cabaran buat aku, tahun ini merupakan tahun penentu hala tuju aku sebagai seorang ahli perniagaan.








Rabu, Jun 08, 2011

Kuasa Pengguna

Info dari portal smart consumer

"Kuasa Pengguna" ditakrifkan sebagai pengguna mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut. Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewangan dan penindasan oleh peniaga tidak berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan, memperkuatkan jati diri, mengetahui dan mengamalkan hak mereka sebagai pengguna.

Kuasa Pengguna dapat diperlihatkan melalui :
Pengguna menentukan pasaran
• Pengguna bersatu menuntut hak
• Sebulat suara dalam tindakan

‘1 Pengguna' bermaksud pengguna perlu bertindak secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat dan membentuk ‘ satu pengguna' yang bergerak seiring secara efektif dan mewakili satu golongan yang kuat dan disegani. Pengguna juga mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar belakang mereka dan hak ini perlu dihormati.

‘1 Suara' membawa maksud setiap pengguna perlu bertindak secara bersepadu untuk menegakkan amalan dan nilai kepenggunaan yang bersifat sejagat. Ini bermakna pengguna perlu bertindak sebagai satu entiti yang bermatlamat untuk mencapai suatu kehendak dan hak yang sama melalui penglibatan secara berkumpulan sama ada dalam organisasi-organisasi dan persatuan-persatuan.

Tanggungjawab Pengguna:

Kesedaran Mengkritik
Pengguna mestilah disedarkan supaya mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan.

Penglibatan dan Tindakan
Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna.

Tanggungjawab Sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial. Amalkan sikap mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu jika ada yang tidak kena, walaupun diri anda tidak terlibat secara langsung.

Tanggungjawab Alam Semulajadi
Pengguna perlu mempunyai kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni.

Bersatu Padu
Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatu padu.

Jumaat, Jun 03, 2011

Benarkah Perniagaan itu Indah Khabar Dari Rupa??

Saya tertarik untuk menulis topik ini adalah disebabkan saya sendiri pernah melalui pengalaman ini. Sebelum saya meneruskan artikal ini, kepada sesiapa yang bercadang untuk memulakan sesuatu perniagaan, persoalan yang harus anda harus tahu :
  1. Apakah maksud perniagaan?
  2. Apakah bentuk perniagaan anda?
  3. Berapa modal anda?
  4. Apa peranan anda?
  5. Adakah anda mempunyai kemahiran pengurusan?
  6. Apakah risiko yang bakal anda hadapi?
  7. Bagaimana anda menanggani risiko?
  8. Apakah strategi yang akan anda lakukan?
Sebagai persediaan memulakan perniagaan, anda harus memberikan jawapan untuk kesemua persoalan tersebut. Sekiranya anda gagal untuk menjawab persoalan itu, maka perancangan anda untuk membuka perniagaan haruslah ditangguhkan buat sementara waktu dan anda saya dinasihatkan supaya mengambil langkah proaktif dengan memasuki kelas-kelas ataupun kursus tentang perniagaan.

Ahad, April 17, 2011

Menghadapi Persaingan

Persaingan merupakan satu elemen penting dalam sesebuah perniagaan. Persaingan yang sihat mampu menjanakan ekonomi individu dan setempat, akan tetapi jika berlakunya persaingan yang kurang sihat..maka terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini.

Melalui pengalaman saya sendiri..terdapat beberapa perkara aneh telah berlaku, bukan saya taksub dengan perkara-perkara sebegitu. Akan tetapi, setelah diberitahu oleh jiran saya yang pesaing saya ada melakukan beberapa perbuatan yang mengelirukan. Maka saya yakin yang kedai saya mungkin telah dikenakan sihir!!

Inilah yang dikatakan dengan persaingan kurang sihat..untuk apa anda melakukan perkara terkutuk itu??hanya sekadar ingin mengaut keuntungan dan menutup kelemahan diri sendiri. Hal sebegini begitu mengecewakan.

Rabu, Mac 02, 2011

Strategi Pemasaran 4P +3P


Untuk mencapai tahap jualan yang maksimum, strategi pemasaran merupakan faktor penting penentuan tersebut. Namun begitu, sejauh manakah anda mengetahui tentang strategi pemasaran ini??. Melalui pengalaman dan pembelajaran yang saya lalui, nota ini ditulis bertujuan untuk perkongsian ilmu dan diharap info ini berguna untuk anda membuat rujukan dan merangka pelan pemasaran bagi perniagaan anda.

Dalam aktiviti memasarkan produk/perkhidmatan, anda membuat keputusan dan menggunakan berbagai kaedah untuk mendapatkan respon positif daripada pelanggan sasaran. Jerome McCarthy telah mengklasifikasikan kebanyakan kaedah tersebut kepada empat group utama iaitu Product, Price, Place & Promotion  yang merupakan Bauran Pemasaran yang biasa digunakan oleh pemasar/peniaga. Bauran ini juga biasa disebut sebagai strategi pemasaran 4P.    

Untuk mencapai objektif pemasaran melalui strategi 4P, pemasar perlu memanipulasi dengan cara yang paling efektif di antara variables yang terdapat dalam bauran pemasaran tersebut supaya menghasilkan respon yang optima di kalangan pelanggan sasaran. Secara ringkas, antara variables yang dimaksudkan bagi setiap P berkenaan ialah:

  1. Product
- Variety
- Quality
- Design
- Features
- Brand Name
- Packaging
- Sizes
- Service/Support
- Return/Benefir
- Warranties

  1. Price
- List Price
- Discounts
- Allowances
- Payment Period
- Credit Terms

  1. Place
- Channel
- Coverage
- Assortments
- Location
- Inventory
- Logistic
- Service Level

  1. Promotion
- Sale Promotion
- Advertisement
- Personal Selling
- Public Relations
- Message
- Media
- Budget

1.    Product
     Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dikalangan pesaing, ianya memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar/peniga..

Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu menetapi keperluan, kemahuan dan harapan pengguna. Di sini, faktor-faktor lain selain kualiti seperti variety untuk pilihan, kesesuaian rekabentuk, kaedah pembungkusan, faedah penggunaan, serta berbagai attribute daripada produk patut diambilkira untuk menarik perhatian pelanggan.    

Di peringkat awalnya, strategi produk menghendaki pemasar menganalisa persekitaran pasaran seperti demand, persaingan dan pertumbuhan serta mengukurnya dengan keupayaan yang ada. Pemasar juga perlu menjangkakan perubahan dan pelbagai situasi luar kawalan dan menyediakan alternatif tindakan yang wajar. Analisa melalui kaedah tertentu (spt.  PEST, SWOT dll.) boleh membantu dalam menyediakan maklumat awalan. Seterusnya, setelah produk diterima di pasaran, pemasar perlu pula mengadakan berbagai insentif untuk menjadikan sebab mengapa pengguna perlu kekal menggunakan produk yang ditawarkan.

2.       Price
    Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik.

Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk. Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dsb., strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza.

Kepada pemasar, harga merupakan kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada pembeli pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan berfaedah. Insentif lain seperti diskaun, jumlah ansuran dan tempuh bayaran dapat mempengaruhi minat pengguna untuk membeli produk

3.       Place
     Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk yang berfungsi menyampaikan produk kepada pengguna sasaran. Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan mereka.

Menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran  pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.  

4.       Promotion
      Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan produk.  Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.   

Untuk menarik pengguna membeli produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu dipengaruhi, bukan setakat di perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa perlu untuk membeli produk yang ditawarkan.

Pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah mempromosi yang termahal, menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas. Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, samaada serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta faktor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan.  .


Sementara itu, sebagai tambahan kepada 4P di atas, Booms & Bitner telah menambah 3P lagi kepada bauran sediaada iaitu People, Process dan Physical Evidence.  Penerangan ringkas kepada 3P tambahan ini adalah seperti berikut:

  1. People: Faktor manusia (yang terlibat secara langsung & tidak langsung) dalam aktiviti penyampaian produk di pasaran tidak patut dikecualikan. Peranan kakitangan yang menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pemasaran perlu dijadikan sebagai strategi. Oleh itu inisiatif dari aspek kebolehan, kemampuan dan kepakaran para pekerja dan pihak pengurusan di industri perlu juga di beri perhatian dalam strategi meningkatkan keupayaan pemasaran.

  1. Process: Proses / aliran kerja termasuk arahan dan prosedur yang bertepatan bagi setiap aktiviti merupakan elemen yang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pemasaran. Oleh itu, ianya juga adalah inisiatif yang strategik sesebuah industri untuk memasukkan unsur ‘process’ ini kedalam strategi pemasarannya.

  1. Physical Evidence: Kebolehan dan keupayaan industri dalam penyampaian perkhidmatan mestilah dipadankan bersesuaian dengan persekitaran pasaran di mana perkhidmatan diberikan. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan dalam berkomunikasi dan melaksanakan penyampaian produk, khasnya dalam aspek kepuasan kepada pengguna sasaran.


STRATEGI pemasaran 4P boleh dikatakan sebagai tindakan empat serangkai oleh pemasar/peniaga  untuk menawarkan produk/perkhidmatan kepada pelanggan sasaran dengan cara yang lebih efektif. Sementara tambahan 3P lagi kepada bauran tersebut adalah sebagai pelengkap yang khususnya disarankan bagi industri yang menawarkan produk jenis perkhidmatan/servis.  

Selasa, Mac 01, 2011

Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan


Untuk memulakan sesuatu perniagaan, Rancangan Perniagaan merupakan suatu kewajipan untuk anda mengenal pasti kedudukan kewangan dan pasaran perniagaan anda. Disini saya kongsikan dengan anda tentang Definasi dan Aspek Penting Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan. Semoga ianya amat bermanfaat kepada kita semua......

Apakah Pelan Perniagaan?
Ia adalah rencana bertulis yang memaparkan wawasan anda dan bagaimana perniagaan anda akan diuruskan untuk menepati objektifnya.
Aspek Penting Dalam Rancangan Perniagaan
  1. Model perniagaan, produk, perkhidmatan, wawasan dan matlamat perniagaan.
  2. Kedudukan syarikat masa kini, dalam konteks kewangan, pasaran dan pesaing.
  3. Faktor - faktor kritikal untuk kejayaan perniagaan.
  4. Keperluan pembiayaan.
  5. Tujuan spesifik pinjaman dan bagaimana pinjaman boleh membantu perniagaan.
Untuk memastikan kesempurnaan pelan perniagaan tertsebut, anda perlulah menambahkan beberapa maklumat asas seperti berikut ;
  1.  Pengenalan kepada perniagaan anda
  2. Carta organisasi dan struktur organisasi
  3. Analisis industri pesaing
  4. Keperluan operasi
  5. Strategik jualan dan pemasaran
  6. Unjuran kewangan

PERSEDIAAN UNTUK MELANGKAH KE DUNIA PERNIAGAAN


Ramai dikalangan rakyat Malaysia kini berminat untuk menceburi dunia perniagaan, umum mengetahui yang dengan berniaga anda mampu untuk mendapatkan apa sahaja yang anda ingini. Hal ini adalah disebabkan dengan menceburi dalam bidang perniagaan, seseorang itu mampu mencapai pendapatan tinggi yang mencecah puluhan ribu ringgit. Namun yang harus diingat, sejauh manakah tahap persediaan anda untuk menceburkan diri dalam Dunia Perniagaan ini??
Dalam ruangan ini, saya ingin mengupas beberapa isu berkenaan perkara tersebut yang sedikit sebanyak merupakan pengalaman saya semasa mula melangkah ke Dunia Perniagaan. Antara isu utama yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut :-

1.       Lokasi Perniagaan

Lokasi pasaran merupakan faktor penentuan untuk anda memulakan perniagaan, terdapat pelbagai cara untuk menentukan pemilihan lokasi, berdasarkan jenis perniagaan yang akan anda jalankan. Apa yang anda perlu tekankan semasa pemilihan lokasi perniagaan ini adalah berkenaan dengan kadar sewa premis. Sebagai contoh, di Kuala Lumpur kebanyakan kadar sewa premis adalah dari lingkungan RM 3500 hingga RM 8000 bergantung pada jenis premis dan lokasi. Akan tetapi anda harus berwaspada apabila berurusan dengan ejen hartanah semasa proses sewa beli premis, ingin saya nasihatkan agar anda berurusan sendiri dengan pemilik premis bagi mengelakkan anda tertipu.

2.       Kewangan

Faktor kewangan adalah faktor utama dalam sesebuah perniagaan, untuk memulakan perniagaan anda harus menyenaraikan kewangan semasa anda. Senarai wajib yang anda patut ada adalah merangkumi perbelanjaan untuk sewa premis, kos operasi, barangan keperluan premis, kos gaji pekerja dan kos utility. Faktor kewangan boleh dikatakan “the killer factor” yang mana kebanyakan usahawan bumiputra terperangkap dalam situasi dimana kekurangan kewangan untuk membuat modal pusingan. Saya akan terangkan sedikit sebanyak bagaimana cara untuk mendapatkan modal pusingan untuk perniagaan anda. Kerajaan Malaysia melalui institusi kewangan seperti SME Bank, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar dan Mara telah giat menjalankan program usahawan bumiputera. Melalui skim ini, anda akan diberikan suntikan modal daripada institusi berkenaan jika sekiranya anda layak. Untuk melayakkan anda mendapat dana tersebut, anda mestilah menghadiri kursus-kursus keusahawanan anjuran pihak berkenaan dan yang paling penting anda mesti mempunyai Kertas Rancangan Perniagaan yang bakal anda jalankan.
 
3.       Jenis Perniagaan

Pemilihan jenis perniagaan adalah berdasarkan kepada kemahiran, minat dan pengetahuan anda terhadap selok belok perniagaan terbabit. Cuba kenali potensi diri anda dengan jenis perniagaan yang akan anda jalankan. Sebelum anda memulakan perniagaan tersebut, seharusnya anda menghadiri seminar ataupun kursus yang berkaitan dengan perniagaan terbabit. Ini bagi mengelakkan anda terjerumus kedalam risiko kebuntuan mengoperasikan sesebuah perniagaan. Jenis perniagaan juga berhubung kait dengan pemilihan lokasi perniagaan.

4.       Pasaran Semasa

Untuk menentukan jenis perniagaan yang bakal anda jalankan, anda semestinya melakukan penilaian terhadap pasaran semasa. Untuk menentukan pasaran semasa, anda boleh membuat tinjuan terhadap minat dan kecenderungan orang ramai terhadap sesuatu produk ataupun perkhidmatan. Melalui pasaran semasa ini, anda hendaklah bersikap lebih positif dan berfikir secara kreatif bagi menarik minat orang ramai.

5.       Keperluan Pasaran

Anda seharusnya mengetahui dengan lebih jelas berkenaan dengan keperluan pasaran bagi jenis perniagaan yang akan anda jalankan. Persoalan yang anda boleh bangkitkan adalah seperti adakah perniagaan ini akan bertahan selama 10 ataupun 20 tahun akan datang dan bagaimanakah cara untuk mengatasi permasalahan tersebut. Dengan lebih jelas, anda hendaklah menetapkan misi dan visi perniagaan anda untuk jangka masa lebih dari 10 tahun. Berpandukan dari itu, anda sudah boleh menetapkan apakah jenis perniagaan, pasaran semasa dan keperluan pasaran.

6.       Lesen/Perundangan

Lessen adalah merupakan keperluan yang paling asas dengan perniagaan, anda diwajikan mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan berpandukan bentuk perniagaan anda samada milikan tunggal ataupun perkongsian. Setelah lokasi perniagaan dipilih, anda dikehendaki mendaftarkan premis/papan iklan  perniagaan anda dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL dan MPAJ. Kos pendaftaran premis/papan iklan ini adalah berdasarkan jenis perniagaan yang anda jalankan. Perlu diingat, ramai usahawan yang tidak mendaftarkan premis perniagaan yang mereka jalankan dan mengakibatkan premis mereka disita ataupun disaman oleh pihak berkuasa tempatan. Jika hal ini berlaku, ianya akan memberikan impak yang besar terhadap perniagaan anda.
 
7.       Persaingan

Dari segi persaingan, apa yang anda perlu lakukan adalah berfikir dengan positif. Persaingan merupakan suatu element yang penting dimana para usahawan akan sedaya upaya berusaha untuk menarik pelanggan. Jesteru, apabila adanya persaingan dalam perniagaan, seharusnya biarlah persaingan tersebut adalah persaingan yang sihat. Dalam konteks persaingan, anda boleh menetapkan beberapa strategic pemasaran yang mana ianya akan berfungsi sebagai senjata anda untuk menghadapi pesaing.


Isnin, Februari 21, 2011

Penguasaan Ekonomi

Seperti yang diketahui ramai, penguasaan ekonomi khususnya bagi perkhidmatan pembekalan telah di monopoli oleh golongan Bukan Bumiputra. Bermula daripada pembekalan bahan mentah sehinggalah kepada produk siap, semuanya diterajui oleh golongan Bukan Bumiputra. Dimana kesilapan ini berlaku??

Terdapat beberapa 2 faktor utama yang saya rasakan tepat mengenai isu tersebut, Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut;

Keberanian
Keberanian adalah merupakan faktor utama bagi mengulas isu tersebut, hal ini adalah kerana melalui keberanian lah seseorang dapat mengenali potensi diri untuk terus berdaya maju dan mampu menjalankan tugas yang diamanahkan. Tanpa keberanian, seseorang akan menjadi pengecut dan mendiamkan diri dengan apa jua yang berlaku, walhal ianya tahu yang dengan hanya mendiamkan tidak akan ada apa-apa perubahan berlaku. Ramai yang merungut berkenaan dengan gaji yang diterima tidak mencukupi ataupun tidak setimpal dengan perkerjaan anda. Alasan tersebut ada logiknya, akan tetapi pernahkah anda terfikir untuk membuat sesuatu perubahan??Pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan pendapatan lebih dari sekarang??? setelah anda memikirkan hal tersebut..cukupkah keberanian yang anda ada untuk merialisasikan apa yang anda fikirkan?? itulah persoalanya.....

Ketandusan Modal
Modal merupakan sumber kewangan yang paling penting bagi menjalankan perniagaan. Tanpa modal, anda boleh diibaratkan "Naik Bas Tapi Tiada Tiket". Dengan ketiadaan modal anda tidak akan mampu kemana-mana yang anda ingin tuju...jesteru itulah modal merupakan sumber paling bernilai dan senangtiasa menjadi halangan kepada golongan yang ingin memulakan perniagaan. Untuk mendapatkan sumber modal, anda harus berfikiran positif dan jika anda ingin berjaya..anda mesti menghapuskan semua kehendak peribadi anda yang mana anda fikirkan ianya tiada keperluan. Satu perkara yang anda wajib fikirkan bila anda inginkan sesuatu, "Adakah ianya kehendak @ keperluan?".
Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada kita untuk mendapatkan sumber modal. Antara institusi kerajaan yang menyediakan suntikan modal adalah seperti Tekun Nasional, Mara dan SME Bank. Apa yang anda perlu buat hanyalah mengeluarkan sedikit modal dalam lingkungan 30% daripada nilai keseluruhan perniagaan yang bakal anda jalankan. Yang selebihnya, anda perlu memohon dengan Institusi kewangan tersebut. Akan tetapi anda perlu ingat, untuk mendapatkan suntikan modal tersebut, anda mestilah mempunyai rancangan perniagaan yang mantap dan mampu berdaya saing dalam pasaran tempatan dan mungkin juga untuk pasaran Antarabangsa.

Sesunguhnya, telah banyak yang pihak kerajaan Malaysia sediakan kemudahan kepada kita. Sekarang terserahlah kepada individu...jika anda fikirkan dengan hanya makan gaji ianya sudah memadai...fikir-fikirkanlah.








Ahad, Februari 20, 2011

TANGGUNGJAWAB DAN PENGORBANAN

Tanggungjawab dan pengorbadan adalah merupakan perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap insan. Disini ingin saya mengupas sedikit sebanyak berkenaan dengan isu tanggungjawab dan pengorbanan.

Tarikh 17 Feb 2011 merupakan satu tarikh yang boleh dikatakan telah menghancurkan hati saya..pada tarikh ini lah isteri saya telah mengalami keguguran terhadap kandungannya. Hati saya terasa pilu bila memikirkan yang saya tidak dapat menimang cahaya mata pada tahun ini...begitu juga dengan isteri saya.  Bercerita tentang tarikh tersebut, setelah mengambil isteri saya di pejabatnya, saya terus ke Klinik Idzham Taman Melawati untuk mendapatkan rawatan...Dr megesahkan yang kandungan isteri saya tidak lagi kelihatan, jesteru itu kami diberikan surat rujukan ke Hospital Ampang untuk tindakan selanjutnya. Setelah itu, saya dan isteri bergegas ke Hospital Ampang dan terus ke Unit Kecemasan seperti yang terdapat dalam surat tersebut. Alangkah malangnya...kami berada di Hospital Ampang selama 2 jam untuk mendapatkan rawatan tersebut dan penantian itu hanyalah sia-sia sahaja kerana pihak Hospital telah mengklafikasikan kes isteri saya sebagai kes yang tidak kritikal. Saya menjadi bertambah khuatir kerana isteri saya telah mengalami bleeding yang begitu byk, lantas saya mengambil keputusan untuk keluar dari Hospital berkenaan dan terus ke Pusat Perubatan Naluri yang mana ianya adalah Hospital berstatus Swasta.

Akan tetapi saya redha dengan ketentuanNya...saya anggap ini semua adalah ujian untuk saya terus maju kehadapan. Saya terpaksa menghantar isteri saya pulang ke kampung halamannya dan saya kembali ke KL untuk meneruskan tanggungjawab saya dalam melaksanakan rancangan perniagaan yang telah saya rangka sebelum ini. Walaupun dengan berat hati, saya terpaksa jua meninggalkan isteri saya yang masih berpantang akibat D&C yang dijalani beliau di Pusat Perubatan Naluri untuk tempoh seminggu sebelum sesi consultation dengan Dr K.


Selasa, Februari 01, 2011

Cabaran & Dugaan

Antara cabaran dan dugaan yang saya tempuhi semasa proses memulakan perniagaan ini adalah diantaranya seperti berikut:-


1)Sumber kewangan yang terhad
   Seperti yang umum ketahui,sumber kewangan adalah menjadi titik tolak kepada mana-mana bakal
   usahawan.Dengan berbekalkan sumber kewangan yang disimpan, saya terpaksa menghadkan kadar
   pembelian barangan peribadi dan isi rumah, namun ianya tidak menjejaskan perjalanan seharian saya.


2)Kadar sewa yang melampau
   Hidup dibandar besar seperti Kuala Lumpur bukanlah indah seperti yang direncanakan, kadar sewa premis
   yang dikenakan semuanya tinggi dan hampir tidak mampu untuk memilikinya. Cuba anda bayangkan,
   premis perniagaan sekitar Wangsa Maju, Setapak, Danu Kota dan Gombak sewanya sekitar lingkugan
   RM5000 - RM6500. Bagi kawasan ampang pula, harga yang dikenakan untuk menyewa premis adalah
   sekitar RM4000-RM5500.

3)Persaingan
   Dari aspek persaingan, rata-rata kebanyakan tempat di Kuala Lumpur ini sudah mempunyai kedai dobi,
   ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan perniagaan anda. Walaubagaimana pun, rezeki kita Allah S.W.T
   yang bagi, apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan jangan berputus asa serta diperkuatkan lagi
   dengan rancangan pemasaran yan mampu menarik perhatian ramai. Insyaallah rezeki ada dimana-mana.....

Ketiga-tiga perkara diatas adalah cabaran dan dugaan yang saya terpaksa hadapi....Alhamdulillah, saya berjaya mengatasi masalah tersebut, dan sekarang saya dalam proses untuk setup kedai dobi yang bertempat di Bandar Baru Ampang dengan kadar sewa hanya RM2500.

Ahad, Januari 30, 2011

Salam Perkenalan

Salam 1 Malaysia,

Salam perkenalan saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya....sesunguhnya tahun 2011 adalah merupakan tahun yang penuh dengan cabaran untuk saya. Tahun inilah yang akan menentukan jatuh bagunnya saya dalam dunia perniagaan.

Untuk pengetahuan semua...saya bakal menjalankan perniagaan kedai dobi yang akan beroperasi selewat-lewatnya pada minggu ke 2 bulan Febuari 2011. Untuk makluman pembaca sekalian, saya menjalankan perniagaan ini adalah kerana minat yang mendalam dalam perniagaan. Secara jujurnya saya belum bersedia sepenuhnya untuk menjalankan perniagaan ini, akan tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah ditempat kerja yang memaksa saya memulakan perniagaan ini dengan lebih awal.

Berbekalkan semangat, latihan dan dorongan keluarga serta rakan-rakan seperjuangan...saya telah tekadkan hati untuk meninggalkan kerjaya saya sebagai Eksekutif Pergudangan & Pengurusan Logistik di Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd. Saya meninggalkan kerjaya tersebut dengan penuh duka dan kepayahan sehinggakan ianya menimbulkan sedikit tekanan kepada diri saya.

Namun begitu....perjuangan harus diteruskan, saya lupakan segala kenangan pahit dengan majikan lama. Saya akan mulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang ahli perniagaan yang mana sayalah majikan dan sayalah juga perkerjanya.

Kepada semua pembaca sekalian, begitu banyak cabaran dan dugaan untuk saya memulakan perniagaan ini. Untuk penerangan lengkap mengenai isu tersebut, nantikan ulasan saya selanjutnya.....

Sekian, Wassalam.....

Mrizal