Salam 1 Malaysia,
Salam perkenalan saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya....sesunguhnya tahun 2011 adalah merupakan tahun yang penuh dengan cabaran untuk saya. Tahun inilah yang akan menentukan jatuh bagunnya saya dalam dunia perniagaan.
Untuk pengetahuan semua...saya bakal menjalankan perniagaan kedai dobi yang akan beroperasi selewat-lewatnya pada minggu ke 2 bulan Febuari 2011. Untuk makluman pembaca sekalian, saya menjalankan perniagaan ini adalah kerana minat yang mendalam dalam perniagaan. Secara jujurnya saya belum bersedia sepenuhnya untuk menjalankan perniagaan ini, akan tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah ditempat kerja yang memaksa saya memulakan perniagaan ini dengan lebih awal.
Berbekalkan semangat, latihan dan dorongan keluarga serta rakan-rakan seperjuangan...saya telah tekadkan hati untuk meninggalkan kerjaya saya sebagai Eksekutif Pergudangan & Pengurusan Logistik di Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd. Saya meninggalkan kerjaya tersebut dengan penuh duka dan kepayahan sehinggakan ianya menimbulkan sedikit tekanan kepada diri saya.
Namun begitu....perjuangan harus diteruskan, saya lupakan segala kenangan pahit dengan majikan lama. Saya akan mulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang ahli perniagaan yang mana sayalah majikan dan sayalah juga perkerjanya.
Kepada semua pembaca sekalian, begitu banyak cabaran dan dugaan untuk saya memulakan perniagaan ini. Untuk penerangan lengkap mengenai isu tersebut, nantikan ulasan saya selanjutnya.....
Sekian, Wassalam.....
Mrizal