Cari Blog Ini

Rabu, Jun 15, 2011

Kesabaran

Sabar....sabar...sabar....itulah yang bermain dalam minda aku hari ini, penantian hampir 5 jam membuahkan hasil yang cukup bermakna...itulah pengalaman dan pengajaran yang aku tempuh pada hari ini. Bermula jam 9.00 pagi hinggalah jam 2.00 ptg...bermacam-macam gelagat manusia dapat disaksikan, ada yang berbaring, bersunggut, membaca surat khabar...berborak dan tidak kurang kura yang merewang...hahaaa, itulah gelagat yang dapat dilihat semasa sesi penyerahan borang pasar juadah 2011 bagi kawasan taman melawati.

Ternyata rezeki dan nasib menyebehahi aku...bermula dengan no giliran 193 dan seterusnya 178 penantian berakhir dengan no 215 yang nama aku berjaya mendapatkan 1 petak jualan pasar juadah. Itupun hanya setelah berbaki 2 petak kosong dan senarai yang menunggu hampir 50 orang. Setalah semua tapak diisi..dapat aku lihat kekecewaan sebilangan peniaga yang gagal mendapatkan tapak tersebut, ada yang membaling borang dan ada juga yang memaki hamun. Aku bersyukur ke hadrat Illahi...tahun 2011 merupakan tahun dengan penuh cabaran buat aku, tahun ini merupakan tahun penentu hala tuju aku sebagai seorang ahli perniagaan.








Rabu, Jun 08, 2011

Kuasa Pengguna

Info dari portal smart consumer

"Kuasa Pengguna" ditakrifkan sebagai pengguna mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut. Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewangan dan penindasan oleh peniaga tidak berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan, memperkuatkan jati diri, mengetahui dan mengamalkan hak mereka sebagai pengguna.

Kuasa Pengguna dapat diperlihatkan melalui :
Pengguna menentukan pasaran
• Pengguna bersatu menuntut hak
• Sebulat suara dalam tindakan

‘1 Pengguna' bermaksud pengguna perlu bertindak secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat dan membentuk ‘ satu pengguna' yang bergerak seiring secara efektif dan mewakili satu golongan yang kuat dan disegani. Pengguna juga mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar belakang mereka dan hak ini perlu dihormati.

‘1 Suara' membawa maksud setiap pengguna perlu bertindak secara bersepadu untuk menegakkan amalan dan nilai kepenggunaan yang bersifat sejagat. Ini bermakna pengguna perlu bertindak sebagai satu entiti yang bermatlamat untuk mencapai suatu kehendak dan hak yang sama melalui penglibatan secara berkumpulan sama ada dalam organisasi-organisasi dan persatuan-persatuan.

Tanggungjawab Pengguna:

Kesedaran Mengkritik
Pengguna mestilah disedarkan supaya mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan.

Penglibatan dan Tindakan
Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna.

Tanggungjawab Sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial. Amalkan sikap mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu jika ada yang tidak kena, walaupun diri anda tidak terlibat secara langsung.

Tanggungjawab Alam Semulajadi
Pengguna perlu mempunyai kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni.

Bersatu Padu
Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatu padu.

Jumaat, Jun 03, 2011

Benarkah Perniagaan itu Indah Khabar Dari Rupa??

Saya tertarik untuk menulis topik ini adalah disebabkan saya sendiri pernah melalui pengalaman ini. Sebelum saya meneruskan artikal ini, kepada sesiapa yang bercadang untuk memulakan sesuatu perniagaan, persoalan yang harus anda harus tahu :
  1. Apakah maksud perniagaan?
  2. Apakah bentuk perniagaan anda?
  3. Berapa modal anda?
  4. Apa peranan anda?
  5. Adakah anda mempunyai kemahiran pengurusan?
  6. Apakah risiko yang bakal anda hadapi?
  7. Bagaimana anda menanggani risiko?
  8. Apakah strategi yang akan anda lakukan?
Sebagai persediaan memulakan perniagaan, anda harus memberikan jawapan untuk kesemua persoalan tersebut. Sekiranya anda gagal untuk menjawab persoalan itu, maka perancangan anda untuk membuka perniagaan haruslah ditangguhkan buat sementara waktu dan anda saya dinasihatkan supaya mengambil langkah proaktif dengan memasuki kelas-kelas ataupun kursus tentang perniagaan.